Siapa Kata Banyak Makan Di Luar Akan Buat Anda Gemuk?

Anda di dalam perjalanan untuk menguruskan badan dengan menjaga pemakanan anda secara teliti. Anda masak makanan harian anda, anda kira kadar kalori yang anda ambil. Anda membawa bekal ke tempat kerja supaya anda dapat mengawal hidangan anda.

Kemungkinan besar anda membawa bekal selepas membaca tentang kebaikannya untuk anda menguruskan badan. Jika belum, anda boleh baca disini, Tips Bawa Bekal atau Meal Prepping.

Tetapi ada sesuatu hari yang anda terpaksa makan di luar dan ia membuatkan anda buntu tentang pemakanan anda. Ini kerana kebanyakan restoran di luar sana tidak menitik beratkan jenis ramuan makanan yang sihat dan selalunya akan menggunakan short cut untuk menyediakan makanan dengan pantas.

Ini adalah tip yang anda boleh praktik kan bukan sahaja di luar, malah di mana-mana sahaja.

Meneliti menu sepenuhnya

Kredit Foto: matthewclark.co.uk

Kebanyakan menu di restoran mempunyai huraian apa yang anda akan dapat setelah anda memesan makanan tersebut. Sesetengah menu akan menggunakan ayat seperti ‘crispy’ atau ‘creamy’ untuk membuatkan hidangan tersebut berbunyi menarik.

‘Crispy’ boleh bermaksud ia adalah digoreng manakala ‘creamy’ pula makanan anda dipenuhi dengan lemak dari mentega atau susu.

Cuba cari ayat seperti ‘roasted’ atau ‘grilled’ dimana lebih selamat dari segi penggunaan bahan yang anda tidak perlu didalam badan anda.

Makanan yang lengkap di pinggan

Kredit Foto: verywellfit.com

Ini sepatutnya dibuat bukan sahaja di restoran malah kepada semua hidangan anda. Pinggan anda sepatutnya mempunyai semua jenis makanan iaitu protein, sayuran dan karbohidrat supaya anda dapat menggurangkan saiz pinggang anda.

Pastikan hidangan yang anda pesan mempunyai aspek tersebut. Kebanyakkan restoran mempunyai pilihan yang anda boleh pilih untuk pastikan anda mendapat khasiat yang sepatutnya.

Minta sedikit perubahan

Kredit Foto: lowcarbover50.com

Restoran selalunya tidak kisah dengan sedikit perubahan yang anda minta. Sebagai contoh untuk tidak meletak mayonaise pada burger anda atau menggantikan jenis nasi dari putih ke perang jika mereka mempunyai pilihan beras ini.

Tetapi bersedialah kerana sesetengah restoran akan caj anda jika perubahan tersebut diluar kos penyediaan hidangan tersebut.

Menjadi orang pertama untuk memesan

Kredit Foto: proyectoportal.com

Ini kerana jika anda membiarkan orang lain membuat pesanan terlebih dahulu, ia boleh membuatkan anda mengubah fikiran anda dari memilih menu yang lebih berkhasiat.

Dengan anda memesan terlebih dahulu, anda bukan sahaja dapat memesan makanan yang anda tahu ia berkhasiat, ia juga boleh membuatkan orang lain mengikut anda dan secara tidak langsung, mereka makan makanan yang berkhasiat.

Memilih

Tidak mengapa jika sekali sekala anda memakan kek yang anda selalu inginkan. Ini boleh dikira sebagai hadiah kepada diri anda setelah menjaga pemakanan anda.

Pilih apa yang anda mahukan dan nikmatilah ia sepenuhnya kerana bukan selalu. Anda disarankan untuk menghadiahkan diri anda sekali seminggu supaya anda tidak hilang tumpuan anda.

Bijak dari segi hidangan

Kredit Foto: foodandwine.com

Saiz hidangan anda penting juga. Jika semua makanan anda sihat tetapi anda makan lebih dari sepatutnya, ia tidak akan memberi kesan yang baik malah mungkin menjadi buruk.

Sebelum menjamah, pastikan berapa banyak yang anda akan makan. Dengan cara ini, mungkin lebih mudah untuk anda beli bungkus untuk bawa pulang.

Dengan tips ini, anda semestinya tiada alasan untuk mengabaikan permakanan anda di luar. Untuk sekali sekala, ia tidak mengapa untuk memakan sesuatu yang anda sukakan walaupun ia tidak memberi banyak manfaat jika anda tahu batas.

Facebook Comments