Siapa Yang Dapat Selamatkan Penduduk Bumi Daripada THE PREDATOR?

Siapa masih ingat lagi filem pertama dalam francais Predator yang ditayangkan sekitar tahun 1987?

Filem ini menampilkan aktor bertubuh sasa Arnold Schwarzenegger sebagai ketua kumpulan elit tentera dengan misi menyelamatkan mangsa penculikan gerila yang ditahan di dalam hutan di Amerika Tengah.

Itu pertama kali penonton diperkenalkan dengan satu makhluk asing yang bertubuh seperti manusia, sangat bijak dan mempunyai senjata canggih. Walaupun bertubuh hampir seperti manusia, makhluk asing ini sangat hodoh!

Kemudian muncul pula filem Predator 2 (1990). Filem sequel ini tidak dapat menandingi populariti filem Predator tetapi ini tidak mematahkan semangat pembuat filem sains fiksyen untuk meneruskan legasi Predator walaupun mengalami turun naik populariti filem Predator oleh penggemar genre ini.

Pada 2010 muncul pula filem ketiga, Predators. Ini disusuli Alien Vs Predator (2004), AVPR Alien Vs Predator (2007) dan kini bagi mengisi permintaan peminat Predator, makhluk asing ini kembali lagi dan kemunculannya pasti membuatkan semua penduduk bumi dalam ketakutan!

Kali ini THE PREDATOR kembali semula ke bumi, dan ini semua angkara seorang kanak-kanak (Jacob Tremblay) yang secara tidak sengaja ‘memanggil’ makhluk berkenaan.

Makhluk THE PREDATOR kali ini dikatakan lebih bijak, kuat dan pembunuh paling berbahaya. Ia berjaya menjadikan dirinya berganda-ganda lebih cerdik selepas menaik taraf genetik mereka menggunakan DNA daripada spesis makhluk lain.

Demi menyelamatkan penduduk bumi, sekumpulan bekas anggota tentera dan seorang guru sains bersatu untuk menumpaskan THE PREDATOR ini. Filem ini diarahkan oleh Shane Blake, manakala plotnya ditulis oleh bersama oleh Shane dan Fred Dekker.

THE PREDATOR dibintangi oleh Boyd Holbrook, Trevante Rhodes, Jacob Tremblay, Keegan-Michael Key, Olivia Minn, Thomas Jane, Alfie Allen dan Sterling K. Brown. Penggambaran bermula pada Jun 2017.

Bagi peminat filem terbaharu THE PREDATOR ini jangan lepaskan peluang menonton filem ini apabila ia mula ditayangkan di Malaysia pada 13 September ini.

  

Jangan lupa ambil bahagian dalam Tiket Wayang Percuma Kaki Sini untuk dapatkan pas wayang dan barangan percuma filem THE PREDATOR.

Facebook Comments