Sizzling Lamb Sensations, Sensasi Terbaharu NY Steak Shack!

Tahukah anda bahawa daging lamb mengandungi protein dan nutrien penting seperti selenium dan Vitamin B12? Kini, NY Steak Shack telah memperkenalkan menu terbaru khas untuk semua peminat daging kambing (lamb) yang berkhasiat, iaitu Sizzling Lamb Sensations!

Daging kambing ini dihidangkan atas sizzling plate atau piring panas, satu pengalaman yang pasti memuaskan deria rasa, pendengaran dan penglihatan anda!

Jangan bimbang jika ingin mencuba rasa lain selain daging lamb yang enak! NY Steak Shack juga ada empat set yang berbeza untuk memuaskan permintaan peminat berbeza-beza.

Dari set khas untuk peminat setia daging kambing, Lamb Noisette kepada set Lamb Noisette & Garlic Shrimps untuk yang juga suka makan makanan laut, and pasti akan dapat merasai padanan dagng kambing dengan pilihan kegemaran sendiri!

Selain itu, boleh turut cuba merasai Lamb Noisette & Smoked Beef bagi yang memang tidak boleh lepas merasai daging lembu semasa makan.

Ada juga Lamb Noisette & Chicken Cevapi untuk mereka yang suka makan comfort food seperti ayam. Harga semua set ini amat berpatutan dengan kualiti hidangan yang disediakan, antara RM48.02 hingga RM51.79!

Jika makan makanan sesedap begini, mestilah disertakan dengan minuman yang enak! Dengan hanya membayar RM13.11, anda boleh memilih daripada tiga jenis susu kocak yang sedia ada.

Tidak kira sama ada Oreo Milkshake, Red Velvet Milkshake ataupun Brownie Milkshake, tekstur kek dan biskut yang dimasukkan bersama dengan susu kocak amatlah padan dan enak sekali! Ingat, mesti cuba pada akhirnya untuk menyempurnakan sesi makan yang hebat ini!

Oh ya, kalau lebih menggemari daging lembu, di sini juga ada disediakan daging lembu Wagyu yang premium! Darling Downs Wagyu Striploin memang lembut sehingga hampir cair terus bila dimasukkan dalam mulut.

NY Steak Shack yang pertama telah dibuka di Malaysia di Mid Valley sejak tahun 2014. Sehingga sekarang, telah ada 10 cawangan di seluruh Lembah Klang. Sebab utama pastinya populariti NY Steak Shack yang tinggi kerana banyak menghidangkan makanan halal yang berkualiti!

Suasana di NY Steak Shack amat sesuai untuk menikmati makanan yang sedap.

KAKI SINI telah hadir ke majlis pelancaran Sizzling Lamb Sensations di cawangan Sunway Velocity Mall.

Untuk maklumat lanjut, sila melayari http://www.nysteakshack.com/menu.html.

Facebook Comments