Taiwan Adalah Destinasi Halal Yang Sesuai Untuk Anda!

Bagi ramai pelancong beragama Islam, destinasi yang dipilih haruslah diselidik terlebih dahulu. Oleh itu, boleh diamati yang rata-rata pelancong seperti anda lebih suka melawati negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, bukan apa, kerana mudah untuk mencari makanan Halal. Tapi, tahukah anda sekarang banyak negara yang menyasarkan golongan beragama Islam dengan memastikan bahawa ada kemudahan dan makanan Halal yang sesuai?

Taiwan juga sebegitu. Walaupun majoriti penduduknya menganuti kepercayaan Cina, namun ada banyak destinasi yang sesuai untuk pelancong beragama Islam. Ini terbukti apabila Taiwan tersenarai antara dalam 5 negara teratas untuk pelancong beragama Islam. Jom lihat ada apa yang boleh anda buat dan nikmati di Taiwan sekarang!

Makanan

Yang pertama, tentunya makanan sedap yang ada banyak pilihan di sini! Pasti anda akan rambang mata dan sukar membuat keputusan kerana ada terlalu banyak pilihan yang halal di sini. Terdapat banyak restoran Halal di Teipei, terutamanya makanan India dan Timur Tengah. Terdapat juga restoran yang menyediakan makanan tempatan Halal seperti Restoran Halal Chinese Beef Noodle yang terletak di  No.1 Lane 137, Alley 7 Yanji Street, Da’an DistrictTaipei, Taiwan.

Sekiranya anda penggemar makanan jalanan, anda boleh saja menikmati susu soya dan youtiao goreng pada waktu pagi dan nikmati mi daging di waktu tengah hari. Sekarang ini memang banyak restoran dengan sijil perakuan halal oleh Persatuan Islam China dibuka khusus untuk pelanggan beragama Islam di Teipei.

Untuk makan malam pula, bolehlah anda melawati Pasar Malam Shilin yang terkenal. Cubalah tofu busuk yang seperti durian di Malaysia! Baunya busuk bagi sesetengah orang tetapi merupakan kegemaran ramai terutamanya penduduk tempatan.

Air Panas

Selain itu, di Taiwan, anda juga boleh berkunjung ke air panasnya.

Bayangkan betapa selesanya untuk berendam dalam air panas semula jadi selepas sehari berjalan melawati tarikan pelancongan di Taiwan.

Untuk pengetahuan anda, ramai pengunjung selalu pergi ke Sumber Air Panas, Beitou keran lain daripada kawasan air panas biasa, ia terletak berdekatan dengan Taipei, ibu negara Taiwan yang dibangunkan dengan pesat.

Bunga Sakura

Ya, betul, Taiwan juga ada bunga sakura yang indah seperti di Jepun! Bagi yang memang minat dan bercadang untuk menghayati keindahan bunga sakura, boleh sahaja anda melawat Taiwan.

Kerana Taiwan juga merupakan negara 4 musim, pelawat juga boleh menghayati bunga-bunga cantik yang mekar dalam bulan yang berbeza.

Sebagai contoh, anda boleh melawati Taman Negara Yangmingshan yang terletak berdekatan dengan Taipei untuk melihat dengan mata sendiri bunga sakura yang cantik.

Teluk

Yang terakhir adalah tarikan semula jadi di Penghu. Ianya terletak di tengah-tengah Selat Taiwan.

Teluk yang indah di sini membantu Penghu untuk menjadi tuan rumah kepada 2018 World Congress and Carnival of the Most Beautiful Bays in the World (MBBW).

Bayangkanlah betapa mengagumkan pemandangan di sini sehingga ia boleh tersenarai antara teluk yang tercantik di dunia!

Nah, banyak bukan tarikan di Taiwan? Lagi satu, kos hidup dan tiket penerbangan di sana sememangnya lebih murah berbanding destinasi di Asia Timur yang lain. Tahukah anda bahawa Taiwan juga merupakan Asia’s Favourite Destination di MATTA Fair 2018?

Betul, lagipun jika anda berkunjung ke MATTA dan membeli pakej di sana, anda akan mendapat banyak barang percuma! Hah, tunggu apa lagi? Kunjungilah MATTA untuk mendapatkan lagi banyak promosi yang hebat untuk anda melancong ke Taiwan!

MATTA Fair 2018

Tarikh: 7 September – 9 September (Jumaat – Ahad)

Tempat: Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur.

Booth Taiwan: 1413 – 1432

Facebook Comments