Tuah Lagu Berbanding Nama Nastia

nastia, colpdplay malaysia

10,000 orang banjiri Stadium Merdeka ‘mengira bintang’ dengan OneRepublic

Apabila menaip nama Nastia pada enjin carian, tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai kumpulan ini walaupun telah bertapak dalam industri seni suara negara selama tujuh tahun, nama Nastia seakan-akan masih asing di telinga pendengar muzik negara.

Para pendengar lebih mengenali lagu-lagu mereka yang cepat ditangkap dan mesra telinga daripada tuan empunya pemilik suara lagu-lagu seperti:

1. Rapuh
2. Cinta Sempurna
3. Esok Belum Tiba
4. Kisah Kita 
5. Anggur
6. Hanyut
7. Xpresi

Sekadar menyebut beberapa lagu-lagu popular mereka yang berjaya menembusi arena arus perdana muzik Malaysia dengan menjadi lagu runut bunyi pelbagai drama seperti Papa Ricky, Korban Kasih dan banyak lagi drama.

Daripada situ, para pendengar muzik mula mengenali lagu-lagu mereka tetapi masih tidak mengenali rupa dan suara di sebalik lagu tersebut. Boleh dikatakan bahawa lagu lebih popular daripada Nastia sendiri.

Nastia, sebuah band yang menghasilkan karya yang bagus namun dipandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia. Bukan salah mereka, bukan salah pendengar cuma publisiti daripada pihak media kurang meluas.

Kumpulan Nastia tidak merasakan satu masalah seandainya lagu mereka lebih dikenali berbanding nama kumpulan itu sendiri. Menurut vokalisnya, Leo Azman, mereka tidak berkecil hati jika peminat hanya mengetahui tentang lagu dan bukannya kumpulan mereka.

Kredit Foto: Facebook Nastia

Kumpulan ini turut dianggotai oleh Rudy Iskandar (gitar), Zack Zainal (piano) dan Adzim Shafi (bes) manakala Leo Azman sebagai vokalis. Mula dikenali lewat pembabitan mereka dalam Battle of the Band anjuran Suria FM dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Sejak itu tahun 2011, Nastia mula disebut-sebut media arus perdana namun peluang mereka untuk bergemerlapan dalam arena muzik tidak berkekalan. Menapak setapak demi setapak, Nasti bangkit dengan mempertaruhkan lagu-lagu berkualiti yang mudah menjadi halwa telinga para pendengar.

Kredit Foto: Facebook Nastia

Namun bagi para pencinta muzik yang berkualiti, mereka terus menyokong penuh penglibatan kumpulan berbakat besar ini dalam industri muzik negara walaupun namanya suam-suam kuku. Hanya jauhari mengenal manikam, Nastia akhirnya dilamar oleh Faithful Music dibawah kendalian Faizal Tahir dengan menerbitkan lagu Rapuh.

Pesona Nastia

Ramai yang memuji tindakan Faizal Tahir yang berjaya ‘menyelamatkan’ kumpulan ini daripada tenggelam dek arus perdana. Kumpulan ini juga bertuah kerana mendapat sentuhan magik Faizal Tahir yang dapat dilihat melalui video muzik Rapuh yang persis sentuhan antarabangsa.

Dek genre muzik dan klip video mereka yang tidak ubah seperti dipersembahkan oleh Coldplay, mereka akhirnya digelar sebagai Coldplay Malaysia oleh para peminat.

Kalau di Indonesia, Nidji dikatakan sebagai Coldplay Indonesia tetapi di Malaysia pula, Nastia ialah Coldplay Malaysia. Lagu mereka sangat puitis, menyentuh jiwa dan bertenaga.

Lagu Anggur, Pastel, Hanyut dan lagu-lain memang berada pada tahap tersendiri. Tidak hairanlah mereka menjadi pilihan Faizal Tahir dan merupakan kumpulan pertama bernaung di bawah Faithful Music.

Selamat maju jaya kepada empat orang anak muda ini dibawah acuan dan bimbingan Faithful Music. Rugi jika bakat mereka dipersiakan begitu sahaja tanpa diangkat ke peringkat tertinggi.

Facebook Comments